News: Minat Golongan Pencari Rumah Yang Lebih Muda Dan Para Pelabur Terhadap Hartanah Kian Meningkat Pasca COVID-19

Jul 7, 2020

Berdasarkan laporan Malaysia Consumer Sentiment Study H2 2020 oleh PropertyGuru, selaras dengan tempoh Malaysia memasuki tahap pemulihan dalam Rancangan 6-Fasa kerajaan menangani wabak COVID-19, golongan pencari rumah kali pertama dan para pelabur kian memandang penting pada hartanah.

Walaupun Property Sentiment Index negara turun dari 42 titik indeks pada H1 2020 kepada 39 titik indeks pada H2 2020, penyewa muda yang berumur 22 hingga 29 tahun biasanya tidak akan menangguhkan keputusan untuk membeli hartanah. Cenderung ini bersamaan dengan niat pembelian hartanah yang lebih kuat daripada para pelabur, yang kebanyakannya melakukan pembelian sejajar dengan harga dan pergerakan pasaran.

Namun, kesedaran dan pilihan untuk mengguna program pembiayaan alternatif dan alat-alat digital masih mempunyai banyak ruang untuk perkembangan, walaupun pada hakikatnya rakyat-rakyat Malaysia menganggap pembiayaan pinjaman perumahan, melawati hartanah dan sumber maklumat sebagai rintangan-rintangan utama dalam proses membuat keputusan yang berkaitan dengan pembelian hartanah.

 

Kawalan pergerakan memacu aspirasi pemilikan rumah

Sheldon Fernandez, Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia berkata: “Kami telah melihat ketidakpastian pasaran yang berlimpah-limpah, dan beberapa sudut pandangan, model dan strategi oleh para pelaku industri yang berusaha memahami pandemik ini dan kesannya terhadap bidang hartanah setelah COVID-19 merebak di Malaysia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan untuk menentangnya.”

“Jika kita hanya melihat sentimen pengguna, ada beberapa corak jelas yang boleh diperhatikan. Salah satunya adalah masa yang dipanjangkan dan terpaksa dihabiskan di rumah mungkin telah membuat penyewa dan pencari rumah muda lebih menghargai manfaat memiliki rumah atau unit hartanah sendiri. Corak lain menunjukkan bahawa para pelabur sekarang berniat untuk membeli unit-unit hartanah juga, walaupun demografi bagi corak-corak ini berbeza dalam pendekatan mereka terhadap pengiraan masa membeli.”

Minat Golongan Pencari Rumah Yang Lebih Muda Dan Para Pelabur Terhadap Hartanah Kian Meningkat Pasca COVID-19

Sumber: PropertyGuru Analytics

Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa 51% penyewa dan 47% responden dari usia 22 hingga 29 tahun mengatakan bahawa mereka tidak akan menangguhkan transaksi hartanah kerana COVID-19 dan kesannya. Jika ini dibandingkan dengan 23% responden berumur 60 tahun ke atas, kepentingan pemilikan rumah terhadap golongan yang lebih muda sekali lagi dapat ditekankan.

Para responden daripada latar belakang berpendapatan rendah juga tidak berniat untuk menangguhkan pembelian rumah, menunjukkan permintaan berterusan untuk perumahan mampu milik di tengah-tengah hambatan ekonomi ini.

Minat Golongan Pencari Rumah Yang Lebih Muda Dan Para Pelabur Terhadap Hartanah Kian Meningkat Pasca COVID-19

Minat Golongan Pencari Rumah Yang Lebih Muda Dan Para Pelabur Terhadap Hartanah Kian Meningkat Pasca COVID-19

Sumber: PropertyGuru Analytics

 

Kenaikan selera pelabur, bergantung pada pergerakan harga dan pasaran

Secara keseluruhan, lebih banyak rakyat Malaysia telah menyatakan niat terhadap pembelian unit hartanah untuk tujuan pelaburan pasca COVID-19, di mana ia meningkat daripada 47% responden pada H1 2020 kepada 53% pada H2 2020. Walaupun niat membeli telah meningkat, namun berdasarkan demografi yang dikaji, para pelabur kebiasaannya akan menunda keputusan pembelian hartanah dalam jangka pendek. Ini dapat dikaitkan dengan keperluan mereka untuk memaksimumkan pulangan, dengan pengiraan masa pembelian bergantung pada harga unjuran dan pergerakan pasaran.

“Senario pasaran semasa mempunyai ketidakpastian yang belum pernah terjadi sebelumnya, bukan hanya di Malaysia tetapi juga di peringkat global. Pemangku kepentingan pasaran hartanah telah menyedari ketidakpastian tersebut, selain kemungkinan pengaruh negatif terhadap harga unit-unit hartanah yang telah menjejaskan keputusan berkaitan dengan urusan hartanah, tak kira pembelian, penjualan atau pembangunan. Keadaan ini berkemungkinan akan berterusan secara ketara sepanjang tempoh moratorium bayaran balik pinjaman yang akan berakhir pada bulan September, dan pasaran seharusnya akan lebih jelas tentang perkembangan selepas ini,” kata Prem Kumar, Pengarah Eksekutif, Jones Lang Wootton.

Pandangan ini disokong oleh penemuan PropertyGuru Malaysia Consumer Sentiment Study, yang mencatatkan permintaan yang kekal sihat pada H2 2020 dengan 37% responden menunjukkan niat membeli pada akhir tahun, dan hanya majoriti tipis (57%) yang menyukai pembelian rumah pada tahun 2021. Pada hakikatnya, tak sampai satu daripada lima rakyat Malaysia (16%) memberitahukan bahawa mereka tidak akan mempertimbangkan pembelian unit hartanah atau rumah berikutan wabak ini.

Optimisme ini semakin ketara dalam jangka masa panjang, dengan hanya 8% pelabur menyatakan bahawa mereka akan menundakan keputusan pembelian unit-unit hartanah selama tiga hingga lima tahun sekiranya berlaku kemelesetan ekonomi. Walau bagaimanapun, Prem menyarankan bahawa ketekunan wajar patut dilakukan oleh para pembeli untuk mengurangkan risiko yang dibawakan oleh hambatan ekonomi baru ini yang mempengaruhi pasaran.

“Wabak COVID-19 telah mempercepatkan impak masalah struktural yang sudah dihadapi oleh pasaran hartanah sebelum ini. Oleh itu, isu sekarang bukan sekadar menguruskan ketidakpastian pasaran secara jangka pendek, faktor-faktor lain yang tidak berkaitan dengan bidang hartanah juga menjejaskan pasaran. Para pelabur hartanah perlu peka terhadap tabiat mereka yang bergantung pada naluri tradisional pelabur yang tidak semestinya mampu memberikan kredibiliti yang mencukupi dalam segi pembuatan keputusan di persekitaran pasaran hartanah yang sememangnya baru dan tidak pernah dialami sebelum ini,” beginilah yang dikatakan oleh beliau.

 

Ruang untuk maju: pembiayaan pinjaman dan penggunaan alat-alat digital

Selain ketidakpastian harga dan kelewatan pembelian, kesukaran untuk menjalankan aktiviti “viewing” hartanah (52%) dan cabaran dalam mendapatkan pinjaman rumah (41%) adalah masalah-masalah yang paling kerap dihadapi oleh rakyat-rakyat Malaysia yang kian kembali ke normal baharu. Walaupun memang berminat dengan pembelian unit hartanah, para penyewa (46%) dan orang-orang yang tinggal bersama ibu bapa (51%) berkemungkinan besar akan menghadapi kesukaran untuk mencari pinjaman. Kegagalan mendapatkan maklumat yang mencukupi mengenai unit-unit hartanah tersebut (29%) juga menjadi kerisauan umum.

Fernandez berkata: “Secara logiknya, pembiayaan dan kemampuan milik rumah akan diteliti kerana banyak rakyat Malaysia mengutamakan kelangsungan hidup sehari-hari dalam usaha menghadapi kemelesetan ekonomi yang berkemungkinan berlaku. Bagi mereka yang mempunyai aset-aset penampan yang memadai untuk memanfaatkan tren pasaran semasa, masih ada ruang untuk bertambah maju jika dilihat daripada segi penggunaan program pembiayaan dan alat-alat yang dicipta untuk menangani kes-kes khusus, seperti perumahan mampu milik dan skim sewa-untuk-dimiliki, penyelesaian pra-kelulusan pinjaman dan lawatan maya.”

“Penyelidikan PropertyGuru sebelum ini menunjukkan bahawa penggunaan program perumahan mampu milik adalah rendah, dengan kadar penyertaan serendah 4% di kalangan responden. Di samping itu, hanya segelintir orang yang betul-betul memanfaatkan penggunaan alat-alat digital, tetapi jumlah ini semakin meningkat dan kami menjangkakan peralihan industri yang lebih luas ke alat-alat tersebut akibat COVID-19. Oleh itu, PropertyGuru telah membentuk lebih banyak pengalaman lawatan maya bagi pengguna untuk memenuhi tren ini, dengan lebih banyak ciptaan baru yang akan datang lagi.

Kajian ini juga mendapati bahawa hanya 26% responden yang akan pilih untuk membiayai semula pinjaman perumahan mereka, walaupun Kadar Dasar Semalaman (OPR) berada pada tahap rendah secara historis berikutan beberapa perubahan yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia dan kemungkinan kecairan tunai yang lebih tinggi bagi para pemohon yang diluluskan.

Ini menandakan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia selesa dan berkeyakinan dengan pengaturan pembiayaan mereka yang ada, dengan kecenderungan untuk mengurangkan kos-kos berkaitan seperti caj penilaian, yuran guaman dan duti setem yang berkaitan untuk mendorong penggunaan solusi pembiayaan semula secara lebih meluas.

 

spacer
agent image
agency logo
Bernard Yeo
Senior Real Estate Negotiator
REN: 10737
IQI REALTY SDN. BHD.
bernardyeo1@gmail.com
(+60) 16-2631631